MAJLIS PELANCARAN BUKU COFFEE TABLE AKADEMI TENTERA UDARA DAN BUKU PELAN STRATEGIK CAWANGAN TADBIR TUDM

1 2 3
4 4A 5

 

IPOH, 21 Dis 22 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM yang mewakili Panglima Tentera Udara telah menyempurnakan Majlis Pelancaran buku Coffee Table Akademi Tentera Udara (ATU) dan buku Pelan Strategik Cawangan Tadbir TUDM yang diadakan di Dewan Rajawali, Akademi Tentera Udara (ATU), hari ini.

Buku Coffee Table ATU adalah cetusan idea AKS Tadbir, Brig Jen Hj Baharudin TUDM bermula November 2020 sewaktu beliau menjadi Komandan ATU bersama pengurusan ATU dan diteruskan kesinambungannya setelah pertukaran Komandan yang diambil alih oleh Kolonel Junairi bin Baharom TUDM.

Dalam ucapan aluan oleh AKS Tadbir, beliau menyatakan semua itu adalah kenangan dan sejarah yang tidak boleh dibiarkan terhapus begitu sahaja malah mesti dicatat atau direkodkan.

6 7 8
9 10 11

 

Buku Coffee Table ini mengandungi himpunan gambar aktiviti-aktiviti dan sejarah perkembangan ATU dari mula ia ditubuhkan di Ipoh pada Tahun 1980 sehingga kini. Akademi ini kian berkembang, malah turut mengalami perubahan nama daripada Pusat Latihan Rekrut (PLR), kemudian Sekolah Tentera Udara (STU), Institut Latihan Tentera Udara (ILTU) dan akhir sekali adalah Akademi Tentera Udara (ATU). Menurutnya, kesemua perubahan ini perlu demi mengikut kesesuaian peranannya dari semasa ke semasa dalam TUDM di samping terdapat juga beberapa unit yang telah berpindah keluar daripada pemerintahan akademi ini. Semua itu adalah kenangan dan sejarah yang tidak boleh dibiarkan terhapus begitu sahaja malah mesti dicatat atau direkodkan.

Mengimbau sejarahnya, ia bermula dengan sejarah Latihan Asas Perajurit Muda TUDM semenjak tahun 1959 apabila seramai 12 orang anggota TUDM yang pertama telah berjaya menamatkan latihan mereka di Pangkalan Udara British RAF (Royal Air Force) Seletar, Singapura. Semenjak itu, sejarah Latihan Asas Perajurit Muda TUDM telah berkembang sehingga wujudnya Akademi Tentera Udara kini. Selama hampir 43 tahun, usaha melahirkan perajurit muda udara dan dalam tempoh tersebut telah banyak penambahbaikan dan perubahan pusat latihan tersebut dari segi pentadbiran, fasiliti dan fizikalnya bagi memenuhi keperluan semasa latihan dan melahirkan anggota tentera udara yang cergas berdisiplin, efektif dan efisien.

12 12A 13
14 15 16

 

Penghasilan buku ini juga merupakan satu lambang pengiktirafan kepada kepentingan ATU sebagai sebuah pusat latihan yang melatih warga TUDM khasnya Perajurit Muda Udara. Tambah beliau, jika segala perubahan atau sejarah dan kenangan ini tidak direkodkan dan dikumpulkan dalam satu bentuk bahan ilmiah, ia tidak dapat dijadikan panduan dan rujukan.

Di majlis yang sama, turut berlangsung pelancaran buku Pelan Strategik Cawangan Tadbir TUDM yang diwujudkan sebagai Blueprint dan panduan kepada seluruh warga Cawangan Tadbir TUDM untuk menguruskan hal ehwal strategik serta hala tuju Cawangan Tadbir TUDM dalam menyokong Perancangan Strategik TUDM CAP 55 sehingga Tahun 2030.

17 18 19
20 21 22

 

AKS Tadbir juga berharap dengan empat strategi utama yang terdapat di dalam buku Pelan Strategik tersebut akan dapat membantu pegawai dan anggota LLP Cawangan Tadbir untuk menterjemahkannya dalam bentuk peranan masing-masing agar visi dan misi Cawangan Tadbir TUDM tercapai.

Turut hadir bagi memeriahkan majlis ialah Brig Jen Hj Ahmad bin Yusof TUDM,Timbalan AKS Perkhidmatan Anggota; Brig Jen Meor Ahmad Kamal bin Meor Termizi TUDM, Panglima Rejimen TUDM; Komandan Akademi Tentera Udara, Kolonel Junairi bin Baharom TUDM, Pengarah-pengarah, Ketua-Ketua Cawang Tadbir serta pegawai-pegawai kanan TUDM khususnya dari Cawangan Tadbir.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer