MAJLIS OFFICIAL RECEPTION SEMPENA PAMERAN PERKHIDMATAN ASIA (DSA) 2024 DAN PAMERAN KESELAMATAN ASIA (NATSEC ASIA) 2024

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15

 

KUALA LUMPUR, 5 Mei 24 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dan Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM telah hadir ke Majlis Official Reception DSA & NATSEC Asia 2024 yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamad Khaleed bin Nordin dan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail bagi meraikan seramai 1,324 pemain industri pertahanan dan keselamatan yang hadir daripada 60 buah Negara termasuk pempamer tempatan yang terlibat selama empat hari bermula 6 hingga 9 Mei 2024 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

Turut hadir adalah Pengerusi DSA, YBhg. Tan Sri Asmat Kamaludin; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab Rahman; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Isham bin Ishak; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi; Panglima-panglima Perkhidmatan; Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer