MAJLIS JASAMU DIKENANG MARKAS PEMERINTAHAN BANTUAN UDARA 2024

WhatsApp Image 2024 08 08 at 135621 5 WhatsApp Image 2024 08 08 at 135619 WhatsApp Image 2024 08 08 at 135619 1
WhatsApp Image 2024 08 08 at 135621 2 WhatsApp Image 2024 08 08 at 135621 4 WhatsApp Image 2024 08 08 at 135622 6
WhatsApp Image 2024 08 08 at 142000 WhatsApp Image 2024 08 08 at 142000 1 WhatsApp Image 2024 08 08 at 142000 2

 

SUBANG, 8 Ogos 24 - Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Masro bin Kaliwon TUDM telah hadir bagi menyempurnakan Jasamu Dikenang yang diadakan di Dewan Ababil Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Majlis anjuran Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) ini diadakan adalah untuk meraikan pegawai, anggota, dan staf kakitangan awam yang bertugas di MPBU yang telah menamatkan perkhidmatan dan bertukar keluar bagi tahun 2024.

WhatsApp Image 2024 08 08 at 142000 3 WhatsApp Image 2024 08 08 at 142000 4 WhatsApp Image 2024 08 08 at 135622 4
WhatsApp Image 2024 08 08 at 135622 1 WhatsApp Image 2024 08 08 at 135622 WhatsApp Image 2024 08 08 at 135622 2

 

Seramai 37 pegawai dan anggota telah diraikan dalam majlis ini sebagai tanda penghargaan atas jasa dan khidmat bakti yang telah mereka curahkan sepanjang tempoh perkhidmatan dalam TUDM amnya dan MPBU khasnya.

Panglima Bantuan Udara turut menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada semua pegawai dan anggota yang diraikan. Turut hadir meraikan majlis ini ialah Ketua Staf MPBU, Brig Jen Sharani bin Kamaruddin TUDM; Pegawai-pegawai Kanan serta pegawai dan anggota MPBU.

Seluruh warga MPBU mengucapkan selamat maju jaya kepada anggota yang telah menamatkan perkhidmatan dan sekalung penghargaan atas sumbangan jasa bakti kepada anggota yang telah bertukar keluar dari MPBU.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer