MAJLIS BERBUKA PUASA PANGLIMA TENTERA UDARA BERSAMA WARGA PANGKALAN UDARA KUCHING

1 2 3
4 5 6

 

KUCHING, 11 Apr 22 - Pangkalan Udara Kuching telah melaksanakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan dan isteri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan selaku Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara di Surau Al-Jahirah, PU Kuching.

Ketibaan Panglima Tentera Udara dan delegasi telah disambut oleh Komander Pangkalan, Kol Mohammad Jafri bin Suboh TUDM serta pegawai eksekutif Pangkalan yang lain.

7 8 9
10 11 12

 

Majlis dimulai dengan jamuan makan berbuka puasa, solat maghrib berjemaah, makan malam, solat isyak dan seterusnya mengerjakan solat sunat tarawih berjemaah dan jamuan moreh. Selain itu, majlis berbuka puasa juga turut diselitkan dengan penyampaian sumbangan dari Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM (KSSKA) kepada anggota-anggota pesakit kronik yang bertugas di Pangkalan Udara Kuching oleh Panglima Tentera Udara. Majlis turut diteruskan dengan penyerahan sumbangan dari BAKAT Udara kepada balu oleh Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara. Semoga dengan pemberian sumbangan ini dapat membantu bagi meringankan beban dalam kehidupan harian.

Turut hadir Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Hj Shamsudin bin Kassim TUDM; Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Mej Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM dan isteri; Timbalan AKS P&P, Brig Jen Mohd Sani bin Omar TUDM dan isteri; Pengarah Materiel, Kol Nor Azmi bin Abd Rahman TUDM dan isteri serta seluruh warga Pangkalan Udara Kuching.