LTAT UMUM DIVIDEN 5% BAGI TAHUN 2022

WhatsApp Image 2023 03 13 at 162715 WhatsApp Image 2023 03 13 at 162721 WhatsApp Image 2023 03 13 at 162724
WhatsApp Image 2023 03 13 at 162728 WhatsApp Image 2023 03 13 at 162731 WhatsApp Image 2023 03 13 at 162732
WhatsApp Image 2023 03 13 at 162734 WhatsApp Image 2023 03 13 at 162736 WhatsApp Image 2023 03 13 at 162744

 

KUALA LUMPUR, 13 Mac 23 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah hadir ke Majlis Pengumuman Dividen 2022 dan Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Aplikasi MyWira yang diadakan di Menara Chulan, hari ini. Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan.

Turut hadir ke majlis ini ialah Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman bin Ayob; Pengerusi LTAT, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Bersara) serta ahli lembaga dan panel pelaburan LTAT.

WhatsApp Image 2023 03 13 at 162747 WhatsApp Image 2023 03 13 at 162752 WhatsApp Image 2023 03 13 at 162754
WhatsApp Image 2023 03 13 at 162759 WhatsApp Image 2023 03 13 at 162801 WhatsApp Image 2023 03 13 at 162802
WhatsApp Image 2023 03 13 at 162804 WhatsApp Image 2023 03 13 at 162807 WhatsApp Image 2023 03 13 at 162809

 

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 5% dengan jumlah pembayaran sebanyak RM476.45 juta bagi tahun 2022 sekaligus ianya menandakan peningkatan kadar dividen berbanding tahun sebelumnya sebanyak 4.1% dengan jumlah pembayaran RM379.42 juta.

Dalam ucapan Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Bersara) selaku Pengerusi LTAT,beliau berkata, walaupun tahun 2022 merupakan tahun yang mencabar buat LTAT, beliau berbesar hati untuk mengutarakan bahawa LTAT yang kini dalam fasa akhir pelaksanaan Pelan Transformasi 2019-2023 berupaya untuk menangani cabaran ini dan mengukuhkan kedudukannya serta kekal kompetitif dengan dana-dana lain. Pelan yang dipaksikan Rangka Kerja Perumpukan Aset Strategik (SAA) ini bertujuan untuk memberi pulangan jangka masa panjang yang mampan kepada pencarum, iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pesara tentera.

WhatsApp Image 2023 03 13 at 162814 WhatsApp Image 2023 03 13 at 162823 WhatsApp Image 2023 03 13 at 162828
WhatsApp Image 2023 03 13 at 162831 WhatsApp Image 2023 03 13 at 162831 1 WhatsApp Image 2023 03 13 at 162831 2

 

Tambahnya, beliau berbangga LTAT berjaya untuk mengumumkan peratusan dividen yang lebih baik tahun ini sebanyak 5% sekaligus mencapai misi 5:50 bersempena dengan sambutan Jubli Emas LTAT. Ini juga menunjukkan peningkatan kadar dividen yang konsisten semenjak tahun 2018.

Antara kejayaan utama lain yang diraih LTAT pada tahun 2022 ialah penguatkuasaan Akta Tabung Angkatan Tentera (pindaan) pada 1 November 2022 yang memberikan tumpuan kepada Rangka Kerja Perumpukan Aset Strategik (SAA) sebagai prinsip panduan dalam aktiviti pelaburan LTAT serta memberi jaminan kerajaan ke atas simpanan persaraan pencarum, sekaligus memberikan perlindungan kepada pencarum. Akta tersebut juga menyediakan fleksibiliti kepada pencarum untuk meningkatkan kadar caruman individu dan mengekalkan caruman simpanan walaupun selepas penamatan perkhidmatan yang akan dilaksanakan secara berfasa. Pencarum LTAT juga kini diberi kemudahan untuk membuat pengeluaran khas untuk tujuan mengerjakan Haji dan Pendidikan.

Bersempena dengan pengumuman dividen sekaligus menyempurnakan sambutan Jubli Emas LTAT, 13 pemenang cabutan bertuah yang merupakan pencarum serta pengguna aplikasi digital MyWira telah menerima pelbagai hadiah menarik. Ini termasuk sebuah kereta Proton X50, kereta Perodua Myvi, motorsikal Honda RSX 150, motorsikal YAMAHA Ego Gear, telefon pintar iPhone 14 dan pelbagai hadiah tajaan Syarikat Kumpulan LTAT. Ini adalah sebahagian daripada aspirasi LTAT untuk memberi ganjaran kepada pencarum-pencarum selain daripada ganjaran dividen tahunan. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Menteri Pertahanan serta disaksikan oleh Pengerusi dan Ketua Eksekutif LTAT.