![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 13 Jun 2025 - Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM bersama isteri, Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan yang juga merupakan Pengerusi Jemaah BAKAT Udara (JBU) telah diraikan oleh warga Pangkalan Udara Subang menerusi majlis lawatan penghargaan yang berlangsung di pangkalan berkenaan.
Lawatan penghargaan beliau dimulakan dengan menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) daripada Pangkalan Udara Subang di Padang Kawad Markas. Seterusnya, beliau menandatangani buku lawatan sebagai simbolik lawatan kepada pangkalan tersebut.
Seusai itu, lawatan kemudian diteruskan dengan sesi ramah mesra, penyampaian sumbangan penyakit kronik dan sesi dialog bersama warga pangkalan di Dewan Ababil. Sebelum sesi dialog dimulakan, Panglima Tentera Udara berkesempatan menyempurnakan penyampaian sumbangan kebajikan kepada warga pangkalan dan waris yang menghidap penyakit kronik sebagai manifestasi keprihatinan dalam memastikan kebajikan warga TUDM sentiasa diutamakan.
Semasa sesi dialog, Panglima Tentera Udara menzahirkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pangkalan atas segala kerjasama dan komitmen dalam menjalankan tugas bagi menjaga kedaulatan negara sepanjang beliau menerajui tampuk pemerintahan TUDM.
Selain itu, beliau turut menitipkan peringatan agar semua warga pangkalan sentiasa melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan memberikan khidmat yang terbaik kepada negara bagi meneruskan legasi kecemerlangan TUDM.
Pada masa yang sama, Pengerusi JBU turut diraikan oleh ahli JBU dan ahli BAKAT PU Subang. Setibanya Pengerusi JBU di Rumah BAKAT pangkalan, lawatan dimulakan dengan sesi menandatangani buku lawatan dan sesi bergambar.
Semasa lawatan tersebut, pelbagai aktiviti yang dilaksanakan seperti tayangan video montaj aktiviti tahun 2024/2025, nyanyian nasyid dari Kumpulan Munawarah, demonstrasi seni kraftangan dan penyediaan sajian sushi secara langsung.
Seterusnya, Pengerusi JBU menyempurnakan penyampaian sumbangan KSSKA dan cenderahati dari BAKAT Udara kepada BAKAT PU Subang. Sebelum mengakhiri lawatan, Pengerusi JBU menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala kepercayaan serta kerjasama yang diberikan sepanjang beliau menerajui BAKAT Udara.