KUCHING, 7 Sep 22 - Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato' Mohd Shahada bin Ismail TUDM telah melaksanakan Lawatan Kerja Rasmi ke Pangkalan Udara Kuching bagi tahun 2022.
Lawatan Kerja Rasmi Panglima Operasi Udara turut disertai oleh Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato' Hj Shamsudin bin Kassim TUDM dan telah disambut oleh Komander Pangkalan, Kol Mohammad Jafri bin Suboh TUDM serta barisan Pegawai Eksekutif Pangkalan.
Dalam aturcara lawatan ini, delegasi lawatan telah melawat ke Hangar No 1 Skn, Hangar No 7 Skn, Cawangan Kejuruteraan dan Pusat Simulator CN235. Dalam rangka lawatan beliau juga, delegasi lawatan akan mengadakan lawatan ke Kompleks Radar Gunung Ngili di daerah Simunjan dengan menaiki pesawat EC725AP dari No 5 Skuadron, namun lawatan ini terpaksa dibatalkan akibat keadaan cuaca yang tidak mengizinkan di sekitar Kompleks Radar Gunung Ngili.
Sebelum itu, Panglima Operasi Udara terlebih dahulu membuat lawatan ke Skn 330 TUDM, Kota Samarahan bagi melihat dengan lebih dekat lagi penganjuran Eksesais Air Defence Simulation Exercise Serial 5/22 (ADSIMEX) yang telah berlangsung pada 6 Sep hingga 9 Sep 22 dan seterusnya merasmikan penutup Eksesais ini.
Lawatan Kerja Rasmi yang telah dilaksanakan ini adalah merupakan lawatan pertama Lt Jen Dato' Mohd Shahada bin Ismail TUDM ke PU Kuching sejak beliau memegang tampuk pimpinan sebagai Panglima Operasi Udara.