KOTA KINABALU, 18 Okt 21 - Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM telah mengadakan lawatan kerja ke Kem Sri Kudat, Markas Taktikal Pos Pulau Pandanan dan Pos Pulau Bohayen. Lawatan kerja ini turut disertai oleh Ketua Staf Markas Angkatan Tugas Bersama 2 iaitu Kol Mohammed Firdauz bin Osman TUDM.
Panglima Operasi Udara dalam lawatannya telah di bawa melawat ke Kawasan Tanggungjawab (KTJ) OP PASIR Utara di Kem Sri Kudat serta KTJ OP PASIR Selatan di Pos Pulau Pandanan dan Pulau Bohayen.
TUDM juga amat prihatin dengan perkembangan dan situasi semasa di KTJ OP PASIR Utara dan Selatan serta akan terus komited untuk membantu dalam usaha menyokong operasi di kedua-dua kawasan tersebut.