SUBANG, 7 Julai 2021 – Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) telah menerima lawatan kerja daripada Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi.
Ketibaan beliau ke MPOU telah disambut oleh Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM bersama pegawai eksekutif markas.
Pada masa itu, satu taklimat khas meliputi peranan dan tanggungjawab MPOU telah disampaikan oleh PS1 Air Monitoring Cell (AMC), Lt Kol Noor Azam bin Mohd Nordin TUDM dan PS1 Air Defence Cell (ADC), Lt Kol Mohd Shafriz bin Othman TUDM bertempat di Air Force Operation Centre (AFOC). Berdasarkan penerangan dan sesi perbincangan bermanfaat ianya telah memberi gambaran yang jelas lagi terperinci kepada Ketua Staf untuk sama-sama memahami dan mengatasi setiap cabaran yang dihadapi bagi menentukan MPOU terus cemerlang memberi khidmat yang terbaik.