LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS LT JEN DATO' SRI HJ SHAHRON BIN HJ IBRAHIM TUDM (B), MANTAN TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA

312062058 483522757152530 6176894477467450489 n 312077009 483522793819193 2492327633253461689 n 312142187 483526063818866 6042090306199793707 n
312235899 483526137152192 2938589556776115147 n 312251681 483526113818861 8670223571835005824 n 312537457 483522623819210 7363275248993498770 n

 

KUALA LUMPUR, 20 Okt 22 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah membuat lawatan kebajikan ke atas Lt Jen Dato' Sri Hj Shahron bin Hj Ibrahim TUDM (Bersara), mantan TPTU yang menjalani rawatan kesihatan di Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan.

Lawatan ini turut diiringi oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Hj Baharudin bin Hj Abu Hassan TUDM dan turut serta ialah Lt Kol Junaidi bin Abdul Aziz TUDM, PS 1 Pengurusan dan Mej Azila bt Hj Abdullah TUDM, PS 2 Kebajikan dari MTU Perkhidmatan. Turut melawat beliau ialah mantan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Bersara).

Seluruh warga TUDM turut mendoakan agar beliau dipermudahkan urusan rawatan perubatan serta dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT.

#SelKebajikan
#SentiasaDiAngkasaRaya
#WargaUdara