Satu latihan silang di antara Pasukan Khas Udara – CSAR (Combat, Search and Rescue) dengan USAF Pararescue Unit telah diadakan di Bukit Jugra sebagai sebahagian daripada keperluan siri latihan Field Training Exercise (FTX) yang telah dirancang dalam Eksesais PACIFIC ANGEL Siri 22-2 (PA 22-2)
Latihan "Life Hoisting Hight" ini dilaksanakan dengan melibatkan simulasi dua (2) anggota yang mengalami kecederaan patah tangan, kaki dan tengkuk di kawasan operasi. Di dalam situasi sebenar, teknik ini digunakan bagi anggota CSAR untuk menyelamatkan anggota yang mengalami kecederaan dalam situasi helikopter penyelamat tidak dapat membuat pendaratan disebabkan halangan semulajadi atau risiko bahaya yang lain.
Seramai 16 orang pegawai dan anggota telah terlibat dalam latihan ini termasuk empat (4) juruterbang serta anak kapal pesawat EC 725 AP dari No 10 Skn, Pangkalan Udara Kuantan.
#EksesaisPacificAngel
#Profesionalisme
#KuasaUdaraPerisaiKedaulatanNegara
#SentiasaDiAngkasaRaya