KUNJUNGAN PERSARAAN MEJ JEN DATO' WAN AMIN HAFIZ BIN WAN MAHMUD TUDM KE ATAS PEMERINTAH TUDM

WhatsApp Image 2024 09 19 at 114252 WhatsApp Image 2024 09 19 at 114253 WhatsApp Image 2024 09 19 at 114253 1
WhatsApp Image 2024 09 19 at 114254 WhatsApp Image 2024 09 19 at 114254 1 WhatsApp Image 2024 09 19 at 151816
WhatsApp Image 2024 09 19 at 151816 1 WhatsApp Image 2024 09 19 at 151817 WhatsApp Image 2024 09 19 at 151817 1

 

KUALA LUMPUR, 19 Sep 24 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menerima kunjungan hormat sempena persaraan daripada Mej Jen Dato’ Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud TUDM di pejabat beliau, hari ini.

Selain itu, Mej Jen Dato’ Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud TUDM turut membuat kunjungan ke atas Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM.

Mej Jen Dato’ Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud TUDM yang merupakan mantan Panglima Wilayah Udara 2 telah menyerahkan jawatan tersebut kepada Mej Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM baru-baru ini.

Dalam pertemuan ini, Panglima Tentera Udara dan Timbalan Panglima Tentera Udara turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Mej Jen Dato’ Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud TUDM di atas jasa khidmat dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di dalam TUDM khususnya dan ATM amnya.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer