SUBANG, 6 Mei 2021 – Timbalan Ketua Misi Pemantau Antarabangsa Mindanao (TPA M-15), Brig Jen Hj Khalil bin Mohd Ali TUDM telah melaksanakan kunjungan persaraan ke atas Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Haji Mohammad Salleh bin Haji Osman TUDM di Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU).
Brig Jen Hj Khalil bin Mohd Ali TUDM bakal menamatkan perkhidmatan beliau tidak lama lagi, seluruh warga Markas Pemerintahan Operasi Udara mengucapkan selamat bersara dan terus maju jaya kepada beliau di dalam apa jua lapangan yang diceburi nanti.