![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 23 Jun 2025 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar di pejabat PAT hari ini.
Kunjungan hormat ini diadakan bersempena dengan persaraan Panglima Tentera Udara daripada perkhidmatan ATM yang bakal tiba tidak lama lagi. Panglima Tentera Udara turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Panglima Angkatan Tentera atas kepercayaan serta sokongan yang telah diberikan sepanjang beliau menerajui TUDM sejak 7 Mac 2022 sebagai Panglima Tentera Udara ke-20.