KUANTAN, 28 April 21 - Seramai 46 warga TUDM bukan muslim terdiri dari tigaa Pegawai dan 43 anggota LLP dari PU Kuantan telah menzahirkan keprihatinan melalui penglibatan mereka menjayakan Program Derma Darah di Dewan SEKTUB, PU Kuantan yang bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
Keprihatinan ini turut disokong oleh seramai 21 anggota dari 4 Bgd (Mek) yang tampil menderma darah menjadikan jumlah keseluruhan penderma adalah 67 orang sekaligus melebihi sasaran yang dikehendaki oleh pihak HTAA iaitu 40 orang penderma.
Program ini adalah bagi membantu Jabatan Transfusi Darah, Hospital Tuanku Ampuan Afzan bagi menambah stok bekalan darah yang sangat kritikal sepanjang tempoh PKPB di Pahang. Semoga usaha murni warga TUDM dan TDM dapat memanfaatkan golongan yang memerlukan di HTAA serta membantu menyelamatkan nyawa.