ISTIADAT PERBARISAN PERTAULIAHAN DIRAJA PEGAWAI KADET ANGKATAN TENTERA MALAYSIA TAHUN 2025

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15

 

KUALA LUMPUR, 28 Jun 25 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 2025 yang berlangsung di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, hari ini.

Seramai 509 Pegawai Kadet telah terlibat dalam istiadat perbarisan yang diketuai oleh Pegawai Rendah Kanan Fazril Azim bin Shaharuddin. Istiadat perbarisan ini merupakan pengiktirafan atas kejayaan mereka menamatkan latihan ketenteraan dan seterusnya ditauliahkan sebagai pegawai muda ATM dalam ketiga-tiga cabang perkhidmatan - Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Terdahulu, Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM yang hadir di istiadat tersebut telah menerima tabik hormat daripada kontijen perbarisan semasa ketibaan beliau.

Turut hadir dan menerima tabik hormat adalah Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamad Khaled bin Nordin; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim bin Ali; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr) Zulhelmy bin Ithnain.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku pemerintah tertinggi ATM telah berkenan memeriksa perbarisan pegawai-pegawai kadet diiringi Panglima Angkatan Tentera dan Pegawai Perbarisan. Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Anugerah Pedang Kehormat dan Piala Khas kepada tujuh pegawai kadet terbaik mewakili institusi masing-masing terdiri daripada Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Akademi Tentera Darat (ATD), Kapal Diraja SULTAN IDRIS I (KDSI I) serta Kolej Tentera Udara – Sekolah Latihan Pegawai (KTU-SLP).

Tentera Udara Diraja Malaysia mengucapkan tahniah kepada semua pegawai muda yang ditauliahkan hari ini. Selamat berkhidmat dan laksanakan amanah dengan penuh dedikasi dan menjunjung sumpah taat setia untuk mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara sehingga ke titisan darah terakhir.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN