HARI PERTAMA MULA TUGAS SECARA RASMI MENTERI KANAN PERTAHANAN DAN TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN DI WISMA PERTAHANAN

1 2 3
4 5 6

 

KUALA LUMPUR, 1 Sep 21 - Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein secara rasminya telah memulakan tugas sebagai Menteri Kanan Pertahanan yang baharu di Wisma Pertahanan hari ini. Tidak terkecuali Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz yang kembali semula bertugas di Wisma Pertahanan dengan pelantikan perjawatan baharu pembentukan kabinet kerajaan pada 27 Ogos 2021.
 
Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah bersama-sama barisan pengurusan tertinggi ATM iaitu Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat dan Panglima Tentera Laut menyambut ketibaan Timbalan Menteri Pertahanan dan Menteri Kanan Pertahanan di Wisma Pertahanan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abdul Aziz.
 
YB Menteri Kanan Pertahanan telah mengambil tabik hormat dan menerima Kawalan Kehormatan Utama (KKU) daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang diketuai oleh Mej Abdul Hafizi bin Abdul Halim bersama 3 pegawai serta 61 anggota Lain-lain Pangkat. Terdahulu, Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz telah mengambil tabik hormat dan menerima Kawalan Kehormatan Utama (KKU) daripada pasukan yang sama.
 

Seluruh warga TUDM mengucapkan Tahniah di atas pelantikan YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Pertahanan dan YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz sebagai Timbalan Menteri Pertahanan. Selamat Datang dan Selamat Memulakan Tugas.