HARI MULA TUGAS LEFTENAN JENERAL DATO' INDERA HJ MOHAMMAD SALLEH BIN HJ OSMAN TUDM SEBAGAI TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA

1 2 3
4 5

 

KUALA LUMPUR, 9 Mac 22 – Jam 9.30 pagi, kenderaan yang membawa Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato' Indera Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM memasuki perkarangan Wisma Pertahanan. Beliau kemudiannya disambut oleh Ketua Pengarah Sekretariat, Mejar Jeneral Dato’ Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM seterusnya telah menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kuarter daripada Markas Tentera Udara sebagai penghormatan mengikut tradisi ketenteraan yang menandakan hari pertama beliau bertugas sebagai Timbalan Panglima Tentera Udara dan memasuki pejabat rasmi di Markas Tentera Udara, Wisma Pertahanan.

Beliau disambut oleh barisan Asisten Ketua Staf, Komander Pangkalan, Pegawai Memerintah serta pegawai-pegawai kanan yang berkhidmat di Wisma Pertahanan. Beliau seterusnya memasuki pejabat rasmi dan disambut oleh pegawai dan staf pejabat serta disusuli bacaan doa yang dibacakan oleh PS 1 Agama KAGAT, Markas Tentera Udara, Leftenan Kolonel Salahuddin bin Shafiee sebagai memohon keberkatan dan dipermudahkan segala urusan beliau melaksanakan tugas selaku Timbalan Panglima Tentera Udara.