EKSESAIS TACTICAL OPERATION SIRI 1/2021 (TACOP) BAKAL MENGUJI KOMPETENSI ASET TUDM

1 2
3 4

 

SUBANG, 27 Feb 2021 – Pembukaan Eksesais Tactical Operation Siri 1/2021 (TACOP 1/21) telah disempurnakan oleh Ketua Staf Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1), Brig Jen Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM di Bangunan Pergerakan Udara Pangkalan Udara Subang. Pembukaan eksesais ini telah dihadiri oleh wakil-wakil dari Skuadron dan unit yang terlibat dengan mengambil kira pematuhan SOP (Standard Operating Procedure) dan mengamalkan norma baharu bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

TACOP 1/21 memulakan siri latihan bermula hari ini sehingga Mac 2021 melibatkan beberapa pangkalan TUDM serta kawasan yang digazetkan sebagai kawasan operasi yang telah dikenalpasti serta turut melibatkan kawasan pengguguran udara.

Eksesais ini dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan competency dan proficiency anak kapal air mobility dan pesawat TUDM serta anggota Seksyen Hantaran Udara berdasarkan keperluan Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) – TCI. Selain daripada itu ia juga adalah sebahagian daripada persediaan menghadapi eksesais-eksesais pada masa akan datang.

Latihan TACOP kali ini adalah berkonsepkan FTX (Field Training Exercise) dan dilaksanakan bersama dengan Eksesais Jaguh (KUDA KUAT) yang akan memberi tumpuan kepada air mobility. KUDA KUAT adalah salah satu elemen bagi Eksesais JAGUH yang akan menilai tahap kesiagaan dan kompetensi juruterbang dan anak kapal serta barisan kejuruteraan dalam penyediaan siapsiaga pesawat. Kali terakhir Eksesais JAGUH diadakan adalah pada tahun 2007. TACOP siri ni juga akan memperlihatkan penglibatan julung kalinya No. 22 Skuadron sebagai pemerhati sebelum skuadron yang mengoperasikan pesawat A400M itu terlibat secara langsung dalam TACOP akan datang.

Eksesais TACOP 1/21 akan turut melibatkan elemen Tentera Darat Malaysia (TDM) yang juga akan melaksanakan turut melaksanakan eksesais serta penglibatan skuadron, Seksyen Hantaran Udara dan Platun Hantaran Udara di mana Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1) telah bertindak sebagai markas penganjur eksesais. Dalam program berasingan, sesi taklimat eksesais (Mass Brief) kepada semua peserta TACOP 1/21 telah dilaksanakan di Auditorium No. 20 Skuadron.

Eksesais TACOP Siri 1/21 bakal menguji kompetensi dan kesiagaan para peserta eksesais dan di dalam masa yang sama perlu mengadaptasi norma baharu berikutan cabaran pandemik COVID-19. Meskipun begitu, TUDM serta elemen TDM dan pihak pihak lain yang terlibat sentiasa positif di dalam memastikan segala perancangan dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan berjalan lancar.