EKSESAIS KELAWAR 12/21 MENGUJI KECEKAPAN DAN KESIAGAAN ANAK KAPAL PESAWAT EC 725 AP DAN PASUKAN KHAS UDARA (PASKAU) TUDM

181890634 4159063957514552 9131049834854674101 n 196866765 4159063707514577 4834035646978151902 n 196889587 4159063650847916 1863265588246606071 n
197246431 4159063824181232 5483531738666983190 n 198379956 4159064080847873 7449647066272199044 n 201540898 4159063864181228 5198475307568300063 n

 

SABAH - Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2) telah mengkoordinasikan Eksesais KELAWAR 12/21 yang dilaksanakan di kawasan perairan Operasi Pasir , Sabah bermula 21 hingga 28 Mei 21. Eksesais seumpama ini kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2014 dan tahun ini dilaksanakan dengan beberapa perubahan termasuk norma baharu ketika dilanda krisis kesihatan global pandemik Covid-19.

Eksesais ini bertujuan untuk memperkasakan kesiagaan dan kecekapan anak kapal pesawat helikopter EC 725 AP di samping penambahbaikan dalam penerbangan taktikal ketika menghadapi konflik dan ancaman pada waktu malam. Pelaksanaan eksesais ini turut melibatkan usaha sama bersepadu anak kapal dan skudaron bersama Pasukan Khas Udara (PASKAU) TUDM, Markas ATB 2 serta pasukan sahabat yang lain.

Antara aktiviti eksesais yang dilaksanakan ialah ‘Night Tactical Formation, Night Tactical Navigation, Night Aerial Sniping, Aerial Broadcasting using Long Range Acoustic Device (LRAD), Night Overwater Rescue dan Maritime Counter Terrorism Mission (MCTM)’.

Secara keseluruhannya, eksesais kali ini telah mencapai objektif dan misi yang telah ditetapkan. Hasil gabungan semua agensi yang terlibat telah menjadikan eksesais ini berjaya disepadukan dalam memperkasa dan menilai tahap kompetensi anggota yang terlibat terhadap pelaksanaan sesuatu misi, terutamanya sebagai persediaan sekiranya konflik sebenar berlaku.

“TUDM Mampan, Ruang Angkasa Aman”
Sentiasa Di Angkasa Raya