DSA & NATSEC ASIA 2024: PANGLIMA PENDIDIKAN & LATIHAN UDARA SERTAI LATIHAN MENEMBAK SEMPENA DSA-NATSEC ASIA 2024

1 2 3 4

 

PUTRAJAYA, 8 Mei 24 – Panglima Pendidikan & Latihan Udara (PPLU), Lt Jen Dato' Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM telah hadir menyertai latihan menembak bersama delegasi dalam dan luar negara bersempena Pameran Defence Services Asia (DSA) 2024 dan National Security (NATSEC) Asia 2024 bertempat di Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu pagi tadi.

Program anjuran bersama Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ini telah disertai oleh 92 peserta termasuk Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato' Mahadzer bin Amin TUDM dan Panglima Rejimen TUDM, Brig Jen Mohd Zairul Hisham bin Muhamad Ibrahim TUDM yang mewakili TUDM bersama-sama PPLU.

Sebanyak dua kategori yang dipertandingkan dalam latihan ini iaitu “Centre Fire” untuk individu, dan “Falling Plate” bagi acara berkumpulan. Dalam pertandingan tersebut, PPLU telah dinobatkan tempat ke-3 bagi acara individu manakala PANGWILUD 1 telah dinobatkan naib johan acara “grouping falling plate”.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar yang turut hadir menyertai latihan tersebut.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer