![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 20 Sep 24 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah hadir ke Majlis Send Off YBhg Datuk Seri Isham bin Ishak sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan dan beliau akan memulakan tugas sebagai KSU baharu di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia mulai 23 September 2024 ini.
Sebagai simbolik mengakhiri tugas, YBhg Datuk Seri Isham bin Ishak telah melaksanakan sesi ‘clock out’ dan mengambil Tabik Hormat Kawalan Kehormatan Utama (KKU) di pekarangan Padang Kawad, Wisma Pertahanan. Beliau juga turut bersalaman dengan warga Kementerian dan ATM sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih.
Turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM dan Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM.