‘AL-QURAN DIHAYATI, ORGANISASI DIBERKATI’ MENJADI TEMA PROGRAM TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT TUDM TAHUN 2025

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15
16 17 18
 19 20 21

 

SENDAYAN, 10 Jul 2025 – Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato’ Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM yang mewakili Panglima Tentera Udara telah menyempurnakan Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat TUDM Tahun 2025 yang diadakan di Dewan Auditorium Rajawali, Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara, Pangkalan Udara Sendayan hari ini.


Program anjuran Cawangan Agama MTU ini telah bermula pada 9 Julai 2025 menyaksikan penglibatan pegawai dan anggota LLP TUDM mengikut kategori yang dipertandingkan iaitu kategori pegawai, qari, qariah dan saudara muslim. Sesi penilaian telah dibuat oleh barisan juri-juri profesional dengan mengambil kira beberapa elemen penting termasuk tajwid, taranum, fasohah dan suara.

Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan mutu bacaan Al-Quran di kalangan warga TUDM. Selain itu, program ini juga dapat menggalakkan warga TUDM mempelajari dan mendalami Al-Quran dengan lebih baik sekali gus dapat memilih wakil peserta TUDM untuk ke Majlis Tilawah Al-Quran peringkat ATM.

Pemenang-pemenang bagi pertandingan tilawah Al-Quran peringkat TUDM Tahun 2025 adalah seperti berikut:

Kategori Pegawai.
Johan: Mej Ir Dr Hj Aziizur Rahman bin Abdul Aziz TUDM - PU Subang / Zon Tengah.
Naib Johan: Mej Muhammad Hamzani bin Muhammad TUDM - KTU / Zon Utara.
Tempat Ketiga: Kapt Mohamad Ibrahim bin Hanapiah TUDM - PU Labuan / Zon Sabah dan Sarawak.

Kategori Qari.
Johan: PW U I Muhammad Ghazali Bin Zakaria@Muhammad - PU Gong Kedak / Zon Timur.
Naib Johan: Kpl U Muhammad Farhan bin Othman - PU Labuan / Zon Sabah dan Sarawak.
Tempat Ketiga: PW U II Samsudin bin Shafee - MPBU / Zon Tengah.

Kategori Qariah.
Johan: FSjn Che Nor Rahinda binti Mat Isa - KTU / Zon Utara.
Naib Johan: Puan Janatul Naim binti Abd Kader - MTU / Zon Tengah.

Kategori Saudara Muslim.
Johan: Sjn U Muhammad Nick Fitri bin Ragie - PU Kuantan / Zon Timur.
Naib Johan: Kpl U Muhammad Asyraf Stenlly Nius - MPBU / Zon Tengah.
Tempat Ketiga: LU I Muhammad Aidil Derrell bin Peturus -PU Butterworth / Zon Utara.

Bagi Pemenang Markah Tertinggi, jatuh kepada Mej Ir Dr Hj Aziizur Rahman bin Abdul Aziz TUDM dan Johan keseluruhan dimenangi oleh Zon Tengah. Terdahulu, para tetamu yang hadir turut dipersembahkan dengan persembahan nasyid dari kumpulan Suara Angkasa, kumpulan nasyid daripada Cawangan Muzik dan Kesenian (MUKES).

Turut hadir adalah Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Hj Norli Hisham bin Alwi TUDM; Asisten Ketua Staf Operasi dan Strategi, Mej Jen Dato’ Hj Saharuddin bin Mansor TUDM; Ketua Staf MPOU, Mej Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM; Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Junairi bin Baharom TUDM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Tilawah Al-Quran Peringkat TUDM Tahun 2025, pegawai-pegawai Kanan TUDM serta anggota LLP.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang terlibat dalam Program Tilawah Al-Quran Peringkat TUDM Tahun 2025.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN