πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐋𝐀𝐔𝐓

1 3 4
5 6 7

 

KUALA LUMPUR, 2 Jul 2025 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain di Wisma Pertahanan hari ini.

Kunjungan hormat ini merupakan sebahagian daripada siri kunjungan rasmi Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan setelah beliau secara rasmi dilantik sebagai Panglima Tentera Udara ke-21 pada 26 Jun 2025 yang lalu.

Pertemuan ini turut menjadi wadah penting bagi memperkukuh hubungan dua hala antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), selain membincangkan pelbagai aspek kerjasama strategik dalam usaha meningkatkan kesiagaan dan keupayaan pertahanan negara secara bersama.

Dalam sesi kunjungan ini, kedua-dua Panglima turut bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa pertahanan dan keselamatan maritim dan udara serta memperteguh komitmen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menghadapi cabaran strategik serantau.

Kunjungan hormat ini bukan sahaja mencerminkan semangat setiakawan dan perpaduan antara perkhidmatan, malah menjadi landasan kukuh ke arah penyelarasan serta sinergi operasi bersama dalam memperkukuhkan keutuhan pertahanan negara.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
Β 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN