π‡π€π‘πˆ ππ„π‘π“π€πŒπ€ 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 π“πˆπŒππ€π‹π€π ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 πƒπˆ π–πˆπ’πŒπ€ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍

1 2 3
4 5 8
11 12 15
17 18 19

 

KUALA LUMPUR, 30 Jun 2025 – Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM secara rasminya telah memulakan hari pertama tugas sebagai Timbalan Panglima Tentera Udara yang baharu di Wisma Pertahanan pada hari ini.

Setibanya beliau di perkarangan Wisma Pertahanan, beliau telah disambut oleh Pengarah Sekretariat, Kolonel Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM bersama-sama pegawai-pegawai kanan TUDM yang hadir. Seterusnya, beliau menerima tabik hormat dan membuat pemeriksaan Kawalan Kehormatan Kuarter daripada anggota Markas Tentera Udara sebagai simbolik penghormatan dan tradisi ketenteraan sempena hari pertama beliau memulakan tugas rasmi.

Beliau kemudian melangkah masuk ke pejabat rasmi Timbalan Panglima Tentera Udara di Markas Tentera Udara, Wisma Pertahanan dan disambut oleh pegawai serta warga kerja pejabat. Majlis turut diberkati dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Kol Salahuddin bin Safeie sebagai tanda memohon keberkatan dan kelancaran urusan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang baharu.

Seluruh warga TUDM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Panglima Tentera Udara dan mendoakan agar beliau terus diberikan kekuatan dan kejayaan dalam memacu kecemerlangan TUDM.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
Β 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN