πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„πŒπ€πŠπ€πˆπ€π ππ€ππ†πŠπ€π“ ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐃𝐀𝐍 π€ππ†π†πŽπ“π€ 𝐋𝐋𝐏 π“π”πƒπŒ 𝐍𝐀𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 πŒπ€π–πˆπ‹π”πƒ 𝟐

1 2
3 4

 

LABUAN, 8 Januari 2025 – Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat Pemangku Leftenan Kolonel TUDM kepada Mej Ahmad Syazwan bin Mohamed, Pegawai Memerintah No 1 Skn bertempat di Markas Wilayah Udara 2.

Panglima Wilayah Udara 2 juga turut menyempurnakan pemakaian pangkat kepada dua (2) anggota LLP yang bertugas di Markas Wilayah Udara 2. Anggota yang dinaikkan pangkat adalah F/Sjn Hairul Izuan bin Ahmad Sahid yang dinaikkan pangkat ke Pemangku Pegawai Waran II Udara dan Sjn U Wan Mohd Asyraf bin Wan Md Noor yang dinaikkan pangkat ke F/Sjn.

Sekalung tahniah diucapkan kepada pegawai dan anggota yang telah dinaikkan pangkat. Semoga dengan kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan khidmat yang cemerlang kepada perkhidmatan ATM amnya dan TUDM khususnya.

Turut hadir menyaksikan acara ini Ketua Staf Markas Wilayah Udara 2, Brig Jen Koey Tang Chai TUDM; Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Yusrizal bin Zain TUDM; Pengarah A4 Markas Wilayah Udara 2, Kol Suresh a/l K. Vijayaratnam TUDM serta barisan eksekutif Markas Wilayah Udara 2.