ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 πŒπ„ππ˜π„πŒππ”π‘ππ€πŠπ€π ππ„πŒπ€πŠπ€πˆπ€π ππ€ππ†πŠπ€π“ ππ„π†π€π–π€πˆ π“π„π‘πŒπˆππ€π‹ 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔 𝟐

1 2 3

 

SUBANG, 8 Januari 2025 – Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat Mejar TUDM kepada Kapt Mohamad Razif bin Razali TUDM bertempat di Markas Pemerintahan Bantuan Udara, Pangkalan Udara Subang pada hari ini.

Tahniah diucapkan kepada Mej Mohamad Razif bin Razali TUDM di atas kenaikan pangkat dan semoga dengan kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin motivasi untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang.

Turut hadir menyaksikan acara ini adalah Ketua Staf Khidmat Markas Pemerintahan Bantuan Udara, Brig Jen Norizan binti Wahab TUDM; Pegawai Memerintah Depoh Materiel Utama, Kol Amran bin Hassan TUDM serta pegawai-pegawai pangkalan.