πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 π’πˆπ‘πˆ πŠπ„-πŸ”πŸŽ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π”πŠπ€π π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

WhatsApp Image 2025 01 09 at 105913 WhatsApp Image 2025 01 09 at 105913 1 WhatsApp Image 2025 01 09 at 105914
WhatsApp Image 2025 01 09 at 105915 WhatsApp Image 2025 01 09 at 105915 1 WhatsApp Image 2025 01 09 at 105915 2
WhatsApp Image 2025 01 09 at 105916 WhatsApp Image 2025 01 09 at 105916 1 WhatsApp Image 2025 01 09 at 105917
WhatsApp Image 2025 01 09 at 105918 WhatsApp Image 2025 01 09 at 105919 WhatsApp Image 2025 01 09 at 105919 1

 

KUALA LUMPUR, 9 Jan 25 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM merangkap Yang DiPertua Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT), telah mempengerusikan Mesyuarat Agung Siri Ke-60 MSAT yang diadakan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM.

Mesyuarat Agung kali ini memberikan tumpuan kepada beberapa isu penting yang berkaitan dengan perkembangan dan kecemerlangan sukan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Antara perkara utama yang dibincangkan ialah Pencapaian-pencapaian sukan sepanjang tahun 2024, Laporan Kewangan tahun 2024, Rancangan Peruntukan Perbelanjaan Kewangan Persatuan Sukan ATM tahun 2025 dan perkara-perkara baru dalam pembangunan dan kecemerlangan sukan ATM.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Sukan Angkatan Tentera (JKK MSAT), Lembaga Sukan Perkhidmatan, serta Pengerusi-Pengerusi dan Setiausaha-Setiausaha Persatuan Sukan ATM.