ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 πŒπ„ππ˜π„πŒππ”π‘ππ€πŠπ€π ππ„πŒπ€πŠπ€πˆπ€π ππ€ππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐔𝐀 ππ„π†π€π–π€πˆ πŠπ€ππ€π π“π”πƒπŒ

1 2 3
4 5 6

 

KUALA LUMPUR, 9 Jan 25 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada dua (2) Pegawai Kanan TUDM bertempat di Eagle Nest, Markas Tentera Udara.

Pegawai Kanan yang dinaikkan pangkat ke Pemangku Kolonel TUDM adalah Lt Kol Mazlizan bin Shaikh Osman TUDM yang memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Operasi Latihan di Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Seterusnya, Lt Kol Zamzuri bin Talib TUDM yang memegang jawatan sebagai Pengarah Bantuan di Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Kol Mazlizan bin Shaikh Osman TUDM dan Kol Zamzuri bin Talib TUDM di atas kenaikan pangkat. Semoga pemakaian pangkat ini akan menjadi pemangkin untuk terus memberikan khidmat yang cemerlang kepada ATM amnya dan TUDM khasnya.

Turut hadir menyaksikan majlis ini ialah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Nurhafis bin Abdul Karim TUDM; Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM.