πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ˜π€πŒππ€πˆπ€π π‡π€πƒπˆπ€π‡ πŠπ„ππ€πƒπ€ ππ„πŒπ„ππ€ππ† π”π“π€πŒπ€ #π“π€ππˆπŠπ–πˆπ‘π€πŠπˆπ“π€

1 3 4
8 10 13
17 18 20

 

KUALA LUMPUR, 13 Dis 2024 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, yang mewakili Panglima Tentera Udara, hadir menyaksikan Majlis Penyampaian Hadiah kepada tiga pemenang utama cabaran video kreatif #TADBIRWIRAKITA di Auditorium Wisma Pertahanan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Abdul Rahman.

Kempen Tabik Wira Kita, yang berlangsung dari 26 September hingga 6 November 2024, merupakan inisiatif Menteri Pertahanan Malaysia untuk menzahirkan penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia atas jasa besar mereka dalam mempertahankan negara. Kempen ini juga bertujuan memupuk semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan masyarakat serta mengingatkan rakyat akan jasa dan pengorbanan para perwira negara.

Pemenang tempat ketiga ialah saudara Muhammad Aniq Qawiem bin Mohamad Sazaly, yang menghasilkan video kreatif berinspirasikan keamanan negara kita pada hari ini dengan menonjolkan jasa perwira-perwira tanah air. Tempat kedua dimenangi oleh Puan Nurul Shuhada binti Omar, yang menghasilkan video kreatif bersama suami dan dua anak mereka, memaparkan semangat patriotisme sekeluarga melalui kempen ini. Juara pertandingan pula ialah saudara Muhammad Rashide bin Roziman, yang menghasilkan video kreatif dengan kerjasama guru subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani serta tiga orang anak murid. Video tersebut menonjolkan bagaimana semangat cinta kepada negara disemai sejak kecil oleh bakal-bakal perwira tanah air.

Turut hadir menyaksikan majlis ini ialah Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy bin Ithnain; Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Haji Ahmad; serta pegawai-pegawai kanan ATM dan anggota LLP ATM.