ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 ππˆππ†π€π“ ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀-𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔 (𝐏𝐍𝐁𝐁) 𝐃𝐀𝐍 ππ„πŒππ”ππ€π‘π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€π ππ€π“π“π€π‹πˆπŽπ (πŒπ€π‹ππ€π“π“) πŸ–πŸ“πŸŽ-𝟏𝟏

WhatsApp Image 2024 12 12 at 143640 WhatsApp Image 2024 12 12 at 143641 WhatsApp Image 2024 12 12 at 143641 1
WhatsApp Image 2024 12 12 at 143645 WhatsApp Image 2024 12 12 at 143645 1 WhatsApp Image 2024 12 12 at 143646
WhatsApp Image 2024 12 12 at 143654 WhatsApp Image 2024 12 12 at 143654 1 WhatsApp Image 2024 12 12 at 143656
WhatsApp Image 2024 12 12 at 143700 WhatsApp Image 2024 12 12 at 143703 WhatsApp Image 2024 12 12 at 143718

 

PORT DICKSON, 12 Dis 2024 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM yang mewakili Panglima Tentera Udara telah hadir menyaksikan Perbarisan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) dan pembubaran Malaysian Battalion (MALBATT) 850-11 yang diadakan di Padang Kawad, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan. Perbarisan ini telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman.

Penganugerahan Pingat PNBB kepada kontinjen MALBATT 850-11 adalah sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan profesionalisme setiap anggota yang berjaya melaksanakan tugas serta mandat yang diberikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Penghargaan ini menjadi simbol inspirasi kepada anggota pengaman agar sentiasa memberi yang terbaik dalam setiap penugasan perkhidmatan.

WhatsApp Image 2024 12 12 at 143719 1 WhatsApp Image 2024 12 12 at 143720 1 WhatsApp Image 2024 12 12 at 143720 2
WhatsApp Image 2024 12 12 at 143721 WhatsApp Image 2024 12 12 at 143721 1 WhatsApp Image 2024 12 12 at 143722
WhatsApp Image 2024 12 12 at 143722 1 WhatsApp Image 2024 12 12 at 143723 1 WhatsApp Image 2024 12 12 at 143725
WhatsApp Image 2024 12 12 at 143726 WhatsApp Image 2024 12 12 at 143727 WhatsApp Image 2024 12 12 at 143803

 

Kontinjen MALBATT 850-11, yang diketuai oleh Kol Burhan bin Sagoni, terdiri daripada 853 anggota, iaitu 82 pegawai dan 771 LLP. Kontinjen ini turut disertai oleh tiga pegawai dan 26 LLP dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang Pegawai Kewangan daripada Kementerian Pertahanan. Selaras dengan resolusi PBB yang menyeru kepada peningkatan penglibatan wanita dalam misi pengaman, ATM telah menempatkan 10% anggota wanita dalam ketumbukan MALBATT 850-11, terdiri daripada 11 pegawai dan 74 LLP wanita.

Pertukaran kontinjen MALBATT 850-11 dengan MALBATT 850-12 telah dilaksanakan secara berperingkat melalui empat fasa penerbangan menggunakan pesawat Batik Air bermula pada 6 November 2024 dan berakhir pada 20 November 2024 yang lalu. Pertukaran kontinjen MALBATT ini dirancang dengan teliti bagi memastikan pengoperasian diteruskan secara berkesan di samping mengekalkan kekuatan kuasa tempur kontinjen sebilang masa di kawasan misi.

WhatsApp Image 2024 12 12 at 143804 WhatsApp Image 2024 12 12 at 143805 WhatsApp Image 2024 12 12 at 143805 1
WhatsApp Image 2024 12 12 at 143808 WhatsApp Image 2024 12 12 at 143810 1 WhatsApp Image 2024 12 12 at 143811 1
     

Turut hadir dalam majlis ini ialah Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy bin Ithnain; Ketua Staf Tentera Darat yang mewakili Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan bin Atan; Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Haji Ahmad; Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Zahani bin Haji Zainal Abidin TUDM; Penasihat Pertahanan Negara Brunei Darussalam, Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin serta pegawai kanan ATM dan ABDB.