KUALA LUMPUR, 14 Okt 24 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Datoβ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy bin Ithnain di pejabat beliau, hari ini.
Kunjungan hormat ini adalah bersempena dengan pelantikan Laksamana Datuk Zulhelmy bin Ithnain sebagai Panglima Tentera Laut Ke-19 pada 23 September 2024 yang lalu.
Panglima Tentera Udara menzahirkan ucapan tahniah kepada Laksamana Datuk Zulhelmy bin Ithnain yang kini menerajui pucuk pimpinan tertinggi Tentera Laut Diraja Malaysia dan berkeyakinan tinggi bahawa TLDM akan terus diperkasakan dan beroleh kejayaan. Pertemuan kedua- dua pemimpin angkatan udara dan laut ini menjadi simbolik kepada hubungan erat yang sedia kukuh terjalin serta kerjasama dan usaha bersepadu yang akan diteruskan bersama demi memelihara kedaulatan negara.