PULAU PINANG, 10 Okt 24 - Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato' Masro bin Kaliwon TUDM telah hadir ke sesi dialog dan menyempurnakan majlis penutup Seminar Kuartermaster Udara/ Pramugari 2024 bertempat di Bahang Bay Hotel, Pulau Pinang.
Seminar yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula 8 hingga 10 Okt 24 telah dikoordinasikan oleh Jabatan Kesiagaan Operasi (JKO) dan turut dihadiri oleh Pengarah Pembangunan Sumber Manusia, Kol Hazmi bin Zainol TUDM; Pengarah Jabatan Kesiagaan Operasi, Kol Saravanasennan a/l R.Veerasennan TUDM, pegawai-pegawai kanan/ pegawai-pegawai, Kuartermaster dan Pramugari daripada Markas/ Skuadron Operasi di bawah naungan TUDM.
Bermula dari tahun 2017, Jabatan Kesiagaan Operasi telah menganjurkan Seminar KU/ Pra setiap 2 tahun sekali bertujuan untuk membincangkan hala tuju dan penambahbaikan struktur kerjaya KU/ Pra. Program Seminar KU/ Pra kali ini melibatkan pensyarah jemputan yang menyampaikan syarahan topik-topik bagi memenuhi keperluan objektif serta penyediaan kertas kerja dan pembentangan oleh peserta Seminar KU/ Pra. Seminar KU/ Pra merupakan platform yang terbaik bagi membentuk kesepakatan di dalam pentadbiran dan pengurusan anggota KU/ Pra. Selain itu, dengan adanya pelaksanaan seminar seperti ini dapat meningkatkan tahap kecekapan dan moral anggota KU/ Pra sekali gus dapat mencapai resolusi demi kebaikan anggota di masa hadapan dalam mendokong operasi TUDM khasnya dan ATM amnya.