πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ ππ„πŒπ„π‘πˆππ“π€π‡π€π ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ πŽππ„π‘π€π’πˆ 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 πŸπŸŽπŸπŸ’

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

SEREMBAN, 6 Sep 2024 – Mesyuarat Pemerintahan Panglima Operasi Udara (MPOU) 2024 telah berlangsung selama tiga hari bermula dari 4 hingga 6 September 2024 bertempat di Hotel Royale Chulan, Seremban. Pembukaan Mesyuarat telah dirasmikan oleh Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Mej Jen Norli Hisham bin Alwi TUDM, Ketua Staf MPOU, Brig Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM, Ketua Staf MAWILUD 1, Brig Jen Rozainy bin Ahmad Rapiee@Ahmad Rofie TUDM, Ketua Staf MAWILUD 2, Brig Jen Mohd Zairul Hisham bin Muhamad Ibarahim TUDM, Panglima Rejimen TUDM, Timbalan Ketua Staf MPOU serta Komander - Komander Pangkalan dan Pegawai - Pegawai Memerintah Unit/Skn yang berada di bawah naungan MPOU.

10 11 12
13 14 15
16 17 18

 

Dengan tema β€˜Technological Enablers For Future Defence’, mesyuarat ini menjadi platform interaksi terbaik bagi Panglima Operasi Udara untuk menyampaikan arahan dan dasar-dasar berkaitan operasi dan seterusnya menentukan kesiagaan operasi TUDM sentiasa berada ditahap optimum. Mesyuarat ini juga menjadi wadah perbincangan dua hala di antara pihak pemerintahan di peringkat strategik, operasi, dan taktikal, sekaligus memastikan kelancaran komunikasi serta penyelarasan dalam mencapai matlamat bersama TUDM.

19 20 21
22 23 24
25 26 27
28 29 30

 

Mej Jen Norli Hisham bin Alwi TUDM, Ketua Staf MPOU telah mengetuai pembentangan resolusi mesyuarat kali ini diikuti dengan sesi penggulungan yang menandakan berakhirnya mesyuarat tersebut. Panglima Operasi Udara dalam ucapannya turut merakamkan penghargaan kepada semua Panglima di bawah naungan MPOU, Komander Pangkalan, dan Pegawai Memerintah atas kehadiran dan komitmen mereka dalam memastikan kejayaan mesyuarat ini.

Beliau juga menekankan kepentingan menjalankan tugas dengan penuh integriti dalam kalangan seluruh warga TUDM bagi memastikan organisasi ini terus berada di landasan yang tepat, seterusnya mencapai objektif yang telah ditetapkan.