𝐅𝐋𝐄𝐄𝐓 π‡π„π‹πˆπŠπŽππ“π„π‘ 𝐄𝐂 πŸ•πŸπŸ“ 𝐀𝐏 π“π”πƒπŒ π“π„π‘πˆπŒπ€ ππ„ππ†πˆπŠπ“πˆπ‘π€π…π€π πƒπ€π‘πˆ π€πˆπ‘ππ”π’ π‡π„π‹πˆπ‚πŽππ“π„π‘π’ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

1 1a 2
3 4 5
6 7 8

 

LABUAN, 4 Mac 24 - Pengoperasian fleet helikopter EC 725 AP (H225M) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mencapai 30,000 jam penerbangan terkumpul telah mendapat pengiktirafan daripada Syarikat Airbus Helicopters Malaysia.

Pengiktirafan telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Airbus Helicopters Malaysia, Mr. Axel de Pascal kepada Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM di dalam satu majlis yang berlangsung di hangar No 5 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan hari ini.

9 10 11
12 13 14

 

Dalam majlis itu juga turut berlangsung penyampaian lencana dan sijil kepada juruterbang serta anak kapal EC 725 AP yang mencapai 2000, 1000, 1500 dan 500 jam penerbangan.

15 16 17
18 19 20
21 22

 

Hadir sama menyaksikan acara adalah Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM; Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Masro bin Kaliwon TUDM; Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato' Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud TUDM; Ketua Perwakilan Airbus di Malaysia En. Burhanudin (Burhan) Noordin Ali serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM dan pegawai-pegawai syarikat Airbus. Mantan Panglima Tentera Udara, Jen (B) Tan Sri Dato' Sri Roslan bin Saad TUDM turut hadir sebagai jemputan khas.