KUALA LUMPUR, Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Haji Muhammad Norazlan bin Aris TUDM mewakili Panglima Tentera Udara telah menghadiri Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Istiadat Pengurniaan DKAT Kehormat Tahun 2023 di Hotel InterContinental Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datoโ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob; Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM dan pegawai kanan ATM serta diiringi isteri masing-masing.
Majlis makan malam ini adalah bagi meraikan delegasi-delegasi dari luar negara yang turut dianugerahkan pingat DKAT Kehormat sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) Tahun 2023 iaitu antaranya Panglima Angkatan Tentera Indonesia, Admiral Yudo Margono; Panglima Angkatan Tentera Singapura, Vice Admiral Aaron Beng; Kepala Staf Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (KASAD TNI-AD), Jeneral Dudung Abdurachman; Chief of The Naval Staff of Pakistan Navy, Admiral Muhammad Amjad Khan Niazi dan Commander in Chief of The Royal Thai Navy, Admiral Cherngchai Chomcherngpat.
Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) Tahun 2023 berlangsung secara dua peringkat iaitu pada 17 dan 19 Oktober di Istana Negara, Kuala Lumpur.