![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kuala Lumpur, 2 Apr 21 – TUDM telah menerima jemputan daripada Jen Kenneth S. Wilsbach, Commander Pacific Air Forces (COMPACAF) untuk menghadiri Pacific Women, Peace and Security Symposium (WPS) yang julung kalinya diadakan di Hickam Air Force Base, Hawaii mulai 30 Mac hingga 2 Apr 21. Oleh kerana kekangan perjalanan berikutan cabaran pandemik COVID-19, TUDM telah bersetuju menyertai simposium ini secara maya. Seramai 10 pegawai dan 5 anggota wanita terdiri daripada pelbagai ketukangan menyertai simposium ini mulai 31 Mac hingga 2 Apr 21.
Hampir 20 negara terlibat dalam simposium ini, di antaranya ialah Australia, Bangladesh, Brunei, Chile, Perancis, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Mongolia, New Zealand, Filipina, Korea Selatan, Singapura, Sri Lanka dan Thailand. Simposium yang dirasmikan oleh Jen Wilsbach mengumpulkan pemimpin wanita dan juga NGO seluruh wilayah Indo Pasifik.
WPS 21 bertujuan mengeratkan hubungan sambil mempromosikan pemahaman yang lebih baik mengenai cabaran dan kepentingan dalam melaksanakan prinsip global WPS. Panel-panel yang dipilih berkongsi pengalaman dalam inisiatif negara mereka untuk mengenali peranan unik wanita dalam “peace-building”, peranan wanita dalam pasukan dan rancangan tindakan dalam mewujudkan kesedaran WPS. Selain itu perbincangan mengenai peranan wanita dalam ketenteraan, kesamarataan pekerjaan yang melibatkan perbezaan jantina dan juga “flexibility” dalam setiap organisasi yang mempunyai pekerja atau anggota wanita.
Dalam ucapan penutup simposium ini, Jen Wilsbach berharap penyertaan peserta bukan hanya terhad kepada wanita sahaja pada masa akan datang tetapi diperluaskan juga kepada peserta lelaki agar masing-masing dapat memanfaatkan pengisian simposium demi kecemerlangan organisasi.