UPACARA SERAH TERIMA TUGAS TIMBALAN ASISTEN KETUA STAF PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN SERTA PENYERAHAN SUMBANGAN IKHLAS

WhatsApp Image 2021 12 28 at 25551 PM 1 WhatsApp Image 2021 12 28 at 25552 PM
WhatsApp Image 2021 12 28 at 25552 PM 1 WhatsApp Image 2021 12 28 at 25551 PM

 

KUALA LUMPUR, 27 Dis 21- Upacara Serah Terima Tugas Timbalan Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan telah berlangsung di antara Brig Jen Norli Hisham bin Alwi TUDM yang sebelum ini memangku jawatan tersebut dan diserahkan kepada Kol Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM selaku Timbalan Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan yang baru telah disaksikan oleh AKS Perancangan dan Pembangunan, Mej Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM.

AKS P&P juga telah menyerahkan sumbangan ikhlas daripada warga MTU-Perancangan dan Pembangunan kepada Mej Wan Mohd Rashidi bin Wan Ibrahim TUDM di atas pemergian ke Rahmatullah ahli keluarga beliau.

Semoga dengan penyampaian sumbangan ini dapat meringankan beban anggota dan keluarga serta didoakan mereka dikurniakan ketabahan, kesabaran dalam menghadapi ujian tersebut.

Majlis ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Nuri, Markas Tentera Udara ini telah disaksikan oleh Pegawai Eksekutif serta Staf P&P.