KUALA LUMPUR, 2 Dis 22 - Markas Tentera Udara-Bahagian Sumber Manusia telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Pembangunan Sumber Manusia yang diadakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Wisma Pertahanan hari ini.
Dalam majlis ini menyaksikan serah terima tugas di antara Kol Nazaruddin bin Haron TUDM dengan Lt Kol Hazmi bin Zainol TUDM serta disaksikan oleh AKS Sumber Manusia, Mej Jen Dato' Noor Mohd Akmar bin Mohd Dom TUDM.
Seluruh warga BSM khususnya dan TUDM amnya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat Kol Nazaruddin bin Haron TUDM atas segala sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan dalam menerajui Cawang Pembangunan Sumber Manusia. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Lt Kol Hazmi bin Zainol TUDM di atas pelantikan sebagai Pengarah Pembangunan Sumber Manusia yang baharu. Tahniah.