UPACARA PENUTUP KURSUS SEKOLAH KAWALAN TRAFIK UDARA

1 2

KUANTAN, 28 Jul 21 – Komandan INSPRA, Kol Wan Mohammad Azhar bin Wan Mamat TUDM telah menyempurnakan Penutup Kursus Flight Operations Management (FOM) Serial 17/21. Upacara tersebut diiringi Pegawai Laksana INSPRA, Lt Kol Rozi binti Ismail TUDM dan Ketua Sekolah Kawalan Trafik Udara Lt Kol Mohd Amiruddin bin Ahmad Zaini TUDM di Sekolah Kawalan Trafik Udara, INSPRA. Kursus ini bermula 29 Mac 21 hingga 28 Jul 21. Objektif kursus adalah untuk melatih anggota Ketukangan Pembantu Kawalan Trafik Udara (PKTU) dalam melaksanakan tugas sebagai Operations Supervisor (OS) di Bilik Operasi. Kursus ini telah dihadiri seramai 30 kali anggota yang berpangkat Koperal Udara. Peserta Kursus Terbaik Keseluruhan telah disandang oleh 729778 Kpl U Muhammad Rezdhuan bin Mat Juperi dari Cawangan Operasi, PU Kuantan.