KUALA LUMPUR, 12 Okt 2020 – Satu majlis pemakaian pangkat anggota MTU Materiel telah diadakan pada pagi ini di SISMAT – MTU Materiel. Seramai 3 anggota telah dinaikkan pangkat iaitu Sjn U Khairul Amri bin Alue dan Sjn U Norhaliza binti Ahmad @ Awang telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Flait Sarjan manakala Kpl U Mohd Saiful bin Razali dari ketukangan Pembantu Tadbir telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Sarjan Udara.
Upacara yang disempurnakan oleh YBhg Brig Jen Zainal bin Abdul Manaf TUDM, AKS Materiel ini turut dihadiri oleh Pengarah Belanjawan, Pegawai-Pegawai serta warga MTU-Materiel.
Dalam ucapan beliau, YBhg AKS Materiel menegaskan agar semua peringkat warga MTU – Materiel agar memberi komitmen sepenuhnya dalam mengalas amanah yang telah diberi. Beliau turut mengingatkan supaya sentiasa mematuhi SOP kesihatan dan keselamatan yang telah digariskan oleh perkhidmatan serta kekal sihat dalam melaksanakan tugas.