IPOH, 10 Feb 22 – Ujian Kecergasan Asas Jasmani (UKAJ) Penggal Pertama 2022 peringkat Akademi Tentera Udara telah diadakan di Padang Bola Sepak Akademi bermula 7 hingga 11 Feb 22.
Aktiviti ini melibatkan semua warga ATU dan diadakan secara berperingkat mengikut seksyen. Antara ujian yang dijalankan ialah larian 2.4km, bangkit tubi, lompat jauh berdiri, duduk jangkau, gantung bengkok siku dan lari ulang alik. Penguji bagi ujian tersebut terdiri daripada staf Cawang Jasmani ATU yang diketuai oleh PW U II Sharuddin bin Mean.
Ujian sebegini dijalankan bertujuan menguji tahap kecergasan fizikal pegawai dan anggota ATU agar berada di tahap tertinggi sebilang masa. Pelaksanaan UKAJ ini mengikut norma baharu dengan pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.