TUDM TERUS ATUR GERAK PETUGAS BARISAN HADAPAN DALAM OP PENAWAR FASA KEDUA PKP

1 2
3 4

 

SENDAYAN - Berikutan pengumuman berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua, TUDM telah bersiap siaga mengatur gerak anggotanya sebagai petugas barisan hadapan. Seramai 10 anggota TUDM dari Pangkalan Udara Sendayan (PU Sendayan) yang terdiri daripada anggota Skuadron 221 HANDAU telah diaturgerakkan bagi Op PENAWAR fasa kedua yang bermula pada 13 Jan 2021 bagi membantu pihak PDRM melaksanakan penguatkuasaan Sekatan Jalan Raya (SJR).

Dalam OP PENAWAR PKP fasa kedua ini, PU Sendayan telah bekerjasama dengan Markas 1 Briged Kem Rasah Seremban dan Ibu Pejabat Polis Seremban. Lokasi SJR yang dilaksanakan adalah di Plaza Tol Ainsdale, Tol Seremban Labu (Utara) dan Plaza Tol Seremban Labu Arah (Selatan).
Sebelum memulakan penugasan SJR, taklimat penugasan diberikan oleh pegawai PDRM kepada anggota terlebih dahulu meliputi aspek keselamatan, disiplin dan sebagainya. Op PENAWAR secara tidak langsung membuktikan kerjasama yang erat dan bersepadu di antara ATM dan PDRM dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Semoga penguatkuasaan SJR ini dapat membantu usaha memutuskan rantaian Covid-19 dan menyekat penularan jangkitan wabak berbahaya ini.

 

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer