TUDM LAKSANA MISI MENCARI DAN MENYELAMAT MALAM

1 1 2
3 4

 

ENDAU, 3 November 2020 – Sebuah pesawat EC 725 AP dari No 10 Skuadron, Pangkalan Udara Kuantan telah diatur gerak bagi operasi mencari dan menyelamat seorang awak-awak yang jatuh di perairan Endau berhampiran dengan Pulau Sembilang.

Pesawat diterbangkan oleh Mej Rafiq TUDM dibantu oleh Kapt Raphael TUDM serta FSjn Fareez, Sjn U Azril dan Combat and Rescue Team (CAR Team). Misi ini turut disertai oleh pegawai perubatan Mej Dr Ain dan dibantu oleh SSjn Juliana.

Agensi lain yang terlibat adalah APMM dengan menggunakan 3 buah kapal dan sebuah pesawat Canadair CL-415. Keluasan pencarian adalah seluas 181.24 batu nautika persegi.
Mangsa sehingga kini masih belum dijumpai.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer