![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Hubungan diplomasi pertahanan antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI AU) terus dipererat menerusi pelaksanaan Mesyuarat Ke-38 Tim Perancang Operasi Udara Malaysia-Indonesia (TPLU MALINDO) yang telah berlangsung dengan jayanya bermula 9 hingga 12 Disember 2025 di Bangi Resort Hotel.
Selaku tuan rumah, Delegasi TUDM diketuai oleh Komander Pangkalan Udara Kuantan merangkap Ketua TPOU TUDM, Brigedier Jeneral Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM dengan diiringi tujuh Pegawai TUDM dari pelbagai bahagian termasuk Air Liason Officer (ALO) TUDM dari Medan, Indonesia. Delegasi TNI-AU diketuai oleh Kepala Perencanaan dan Operasi Udara Wakil Asisten Operasi (Kapoud) Koopsau, Marsma TNI Reka Budiarsa bersama sembilan Pegawai TNI AU.
Mesyuarat yang diadakan setahun sekali ini berfungsi sebagai platform strategik bagi kedua-dua angkatan udara membincangkan dan menyelaraskan kegiatan opearasi bersama. Ini merangkumi Patroli Terkoordinasi Bersama (PATKOR) dan hubungan komunikasi radio di antara Skuadron Pertahanan Udara. Fokus utama mesyuarat pada kali ini juga adalah untuk memperkukuh hubungan bilateral serta diplomasi pertahanan antara TUDM dan TNI AU khususnya dalam merangka hala tuju kerjasama strategik.
Selain mesyuarat, delegasi juga berpeluang membuat Lawatan Operasi ke No. 8 Skuadron dan Pusat Penyelidikan dan Latihan Simulator-G (PULLS-G) di Pangkalan Udara Subang bagi berkongsi pengalaman dan kepakaran di antara kedua angkatan udara.
Hasil kerjasama erat sekretariat TUDM, Mej Kamalsaifulrizan bin Kamarudin TUDM bersama rakan sejawat dari TNI AU Letkol Pnb Irwanda Syafriadi perjalanan Mesyuarat TPOU dan Lawatan Operasi ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.















