JUGRA, 2 Jul 24 - Sesi Temuduga Calon Latihan Satu Perkhidmatan (LSP) Malbatt 850-12 telah diadakan pada 1 dan 2 Jul 24 di Bilik Mesyuarat MAREJ, Pangkalan Udara JUGRA.
Sesi Temuduga tersebut telah dipengerusikan oleh AKS Sumber Manusia, Brig Jen Nazaruddin bin Haron TUDM dan barisan panel temuduga terdiri daripada Pengarah Pembangunan Sumber Manusia, Kolonel Hazmi bin Zainol TUDM; PS 1 Rancang LLP, Lt Kolonel Saiful Nubli bin Abdul Ghani TUDM; PS 1 Tadbir MALBATT 850-12, Lt Kol Mohd Noradzhar bin Hadzir; PS 2 Rancang LLP Penerbangan; PS 2 Rancang LLP Kejuruteraan; PS 2 Rancang LLP Sistem Darat; PS 2 Rancang LLP Material; PS 2 Rancang LLP Tadbir dan PS2 Rancang Pegawai PPR.
Sesi temuduga ini diadakan bertujuan untuk mengenal pasti anggota LLP dari Cawangan Kejuruteraan, Cawangan Operasi, Cawangan Materiel, Cawangan Tadbir yang berkelayakan dan berpotensi untuk dipilih sebagai calon Malbatt 850-12. Seramai 108 anggota LLP telah ditemuduga pada sesi pemilihan kali ini.
Semasa ucapan, AKS Sumber Manusia menyeru agar semua pegawai dan anggota yang terlibat mempamerkan tahap profesionalisme yang terbaik merangkumi aspek ilmu pengetahuan ketenteraan dan disiplin.
Beliau juga menyatakan bahawa suasana persekitaran di Lubnan adalah berbeza berbanding di negara ini. Justeru beliau berharap agar semua yang terlibat lebih peka terhadap kebudayaan serta sensitiviti pergaulan serta pertuturan bersama masyarakat tempatan.