KUALA LUMPUR, 6 Feb 24 – Temuduga Pemilihan Sarjan Mejar Rejimen Angkatan Tentera Malaysia (SMR ATM) Ke-2 yang dipengerusikan oleh Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat KS Markas ATM, hari ini.
Temuduga pada kali ini disertai oleh enam (6) Ahli Panel yang terdiri daripada AKS Sumber Manusia MK TD, AKS Sumber Manusia MTU, Pengarah Kanan Sumber Manusia MTL, Timbalan AKS PA dan Pengarah Staf Am BPA.
Temuduga ini melibatkan enam (6) orang calon yg terdiri daripada SMR TD, PW I Shahamrie bin Abdullah; PW TLDM, PW I TLS (AQM) Mohamad Noorfazli bin Ariffin; PW TUDM, PW U I Ahmad Maulana bin Ab Ghafar; SMR Istiadat ATM, PW I PAP (GI) Saiful Hisham bin Abd Azis; SMR Istiadat TD dan PW Istiadat TUDM, PW U I Mohd Rashidi bin Md Tahir.
Temuduga ini diadakan adalah bertujuan untuk mencari calon bagi menggantikan SMR ATM pertama iaitu PW I Hayazi bin Abd Azizi yg akan bersara tidak lama lagi.