TEAM HERKY TECH MEMPAMERKAN KEUPAYAAN PROJEK INOVASI NO 20 SKUADRON YANG BERIMPAK TINGGI “P-DJACK”

1 4 7
3 5 6
8 337545440 212174231494594 3233332990482466089 n

 

SUBANG, 23 Mac 23 - Team Herky Tech yang diketuai oleh Mej Mohd Hadri bin Mohd Isa TUDM dan dibantu oleh Kapt Muhammad Zulhilmi bin Ahmad Tamizi TUDM bersama enam (6) ahli dari No 20 Skn, Pangkalan Udara Subang telah mempamerkan satu demonstrasi khas terhadap keupayaan dan keunikan projek Platform Downstream Jack (P-DJack) kepada Esekutif Pangkalan Udara Subang.

Projek Platform Downstream Jack atau P-DJack merupakan satu projek penambahbaikan terhadap alatan bantuan pesawat yang mengoptimumkan keberkesanan dan kecekapan anak-anak kapal (Maintenance Crew) dalam melaksanakan kerja-kerja rektifikasi pesawat melibatkan ruangan atau tempat yang sempit. Projek ini mengunakan sumber tenaga elektrikal yang memberi keupayaan untuk melaraskan ketinggian platform dan dilengkapi juga dengan magnectic organize rack, soldering rack, detachable head lamp serta ipad holder. Ia adalah solusi dan kaedah penyelesaian terhadap kecekapan dalam proses pembaikan pesawat yang dapat menjimatkan masa seterusnya dapat dilakukan dengan selesa yang memenuhi aspek ciptaan inovasi bercirikan ergonomik.

Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Dr Norazrin bin Shamsudin TUDM yang menyaksikan demostrasi khas tersebut turut mengiktiraf penghasilan projek SLOPT dan memuji usaha yang telah dilaksanakan oleh Team The Herky Tech. Turut sama menyaksikan demonstrasi adalah Ketua Bahagian Aerofisiologi Institut Perubatan Penerbangan, Kol (Dr) Mazdy bin Hj Ismail; Pegawai Memerintah No 16 Skuadron, Lt Kol Mohammad Zaini bin Zainorin TUDM dan Ketua Cawangan Kejuruteraan, Lt Kol Ir. Mohd Shahrul Nizam bin Mohd Hedzir TUDM.

Projek inovasi ini akan dipertandingkan dalam Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat TUDM bagi tahun 2023. Penghasilan projek ini dijangka akan dapat diketengahkan, menjimatkan serta mampu memberikan saingan yang sihat di antara sesama pasukan yang lain.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Team The Herky Tech atas usaha dan inisiatif yang dilaksanakan. Semoga ciptaan projek inovasi ini mampu menyuntik semangat kepada inventor-inventor TUDM yang lain dalam membudayakan inovasi.