LABUAN, 27 Mei 22 - Bersempena Hari Ulang Tahun TUDM ke-64, satu khutbah khas bersempena HUT tersebut telah dibacakan dan dilaksanakan di Masjid Saad Bin Abi Waqas, Pangkalan Udara Labuan.
Khutbah Khas bertajuk "Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara" bersempena tema Hari Ulang Tahun TUDM Ke-64 yang disampaikan di mimbar masjid oleh Pegawai Agama Pangkalan, Lt Muhammad Nazir Shauqy bin Zulkefely telah dihadiri oleh Pemangku Komander Pangkalan, Lt Kol Rosli bin Hashim TUDM, Pegawai Eksekutif Pangkalan serta seluruh warga PU Labuan.
.
Dalam khutbah yang disampaikan, ianya menekankan kepada perjuangan mempertahankan dan mengekalkan kedaulatan ruang angkasa tanah air yang mana dilihat sebagai satu elemen yang sangat penting dan perlu diperkukuhkan sebagai mana yang telah tertulis dalam Kitab Suci Al-Quran berkenaan lumpuhnya Tentera Bergajah Abrahah melalui serangan udara oleh Burung Ababil.
Rentetan kepada peristiwa ini, kita dapat lihat kuasa udara telah diseluruh dunia telah berkembang dengan pesat dan setiap negara berlumba-lumba dalam memperkukuhkan kuasa tersebut yang mana mudah untuk di atur gerak sebilangan masa.
Diharapkan intipati khutbah tersebut mampu meningkatkan semangat seluruh warga PU Labuan khususnya dalam melaksanakan fardu kifayah yang telah diamanahkan serta bersemangat bersama-sama berusaha mempertahankan tanah air tercinta.
SELAMAT ULANG TAHUN TUDM KE-64. "Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara".