SMR DAN PEGAWAI WAREN PERKHIDMATAN BERKONGSI ILMU DAN PENGALAMAN SEBAGAI PANEL SYARAHAN SOLDIER EXPECTATION BAGI PESERTA KURSUS PEMERINTAHAN DAN STAF MALAYSIA (KPSM)

1 2 3

 

PUTRAJAYA, 15 Dis 21- Seramai empat (4) orang panel jemputan yang terdiri daripada SMR ATM, SMR TD, PW TLDM serta PW Markas Wilayah Udara 2 iaitu PW U I Mohd Rashidi bin Md Tahir yang mewakili PW TUDM telah dijemput utk memberi syarahan yg bertajuk “Soldier Expectation” di dalam Leadership Module di hadapan 120 orang penuntut Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) Siri 50/2021 yang diadakan di Auditorium Maktab Turus Angkatan Tentera.

Syarahan ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat dan pandangan kepada penuntut kursus berkenaan kaedah dan pendekatan terbaik bagi memahami kaedah bagi pengurusan di dalam mengendalikan perihal anggota Lain Lain Pangkat (LLP) di peringkat taktikal dan operasi berdasarkan perspektif SMR. Dalam syarahan tersebut panel juga turut menghuraikan perbezaan dan cabaran di dalam menguruskan anggota pada masa dahulu dan pada masa kini.

Selain daripada itu, panel juga berkongsi idea-idea baharu serta pendekatan yang telah dilaksanakan dan berkesan bagi menguruskan anggota terutama apabila berhadapan cabaran yang besar pada masa kini seperti perkembangan teknologi terutamanya media sosial yang meluas, tahap pendidikan anggota yang tinggi serta faktor-faktor lain.
Keempat-empat panel telah berkongsi pengalaman serta pandangan mengenai tanggapan anggota LLP terhadap Pegawai Memerintah dalam melaksanakan tugas dan di dalam masa yang sama perlu menguatkuasakan peraturan dan arahan semasa.

Platform seperti ini juga telah memberikan gambaran yang jelas tentang pentingnya peranan anggota bawahan sehingga ke peringkat pemerintahan di dalam melaksanakan amanah, tugas dan tanggungjawab untuk mencapai misi dan visi organisasi.